Langkau ke Kandungan
NurVerse
Al-QuranWaktu SolatKalendarHadisDoa
Ad
Ad
Ad
Ad
NurVerse

Baca Al-Quran, pantau waktu solat, berdoa, dan perkayakan kehidupan Islam anda.

© 2026 NurVerse. Hak cipta terpelihara.

Pasang AplikasiHubungiDasar PrivasiTerma Penggunaan
Senarai Surah
Paparan Mushaf
0/26

الغاشية

Al-Ghashiyah

Gâşiye

Makkiyyah·26 ayat

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

88:1
Juz 30
Juz 30 · Hizb 60 · Halaman 592

هَلْ أَتَىٰكَ حَدِيثُ ٱلْغَـٰشِيَةِ﴿١﴾

Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi?

—
88:2
Juz 30 · Hizb 60 · Halaman 592

وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ خَـٰشِعَةٌ﴿٢﴾

Muka (orang-orang yang kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina,

—
88:3
Juz 30 · Hizb 60 · Halaman 592

عَامِلَةٌ نَّاصِبَةٌ﴿٣﴾

Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah,

—
88:4
Juz 30 · Hizb 60 · Halaman 592

تَصْلَىٰ نَارًا حَامِيَةً﴿٤﴾

Mereka tetap menderita bakaran neraka yang amat panas (membakar), -

—
88:5
Juz 30 · Hizb 60 · Halaman 592

تُسْقَىٰ مِنْ عَيْنٍ ءَانِيَةٍ﴿٥﴾

Mereka diberi minum dari matair yang menggelegak panasnya.

—
88:6
Juz 30 · Hizb 60 · Halaman 592

لَّيْسَ لَهُمْ طَعَامٌ إِلَّا مِن ضَرِيعٍ﴿٦﴾

Tiada makanan bagi mereka (di situ) selain dari pokok-pokok yang berduri,

—
88:7
Juz 30 · Hizb 60 · Halaman 592

لَّا يُسْمِنُ وَلَا يُغْنِى مِن جُوعٍ﴿٧﴾

Yang tidak menggemokkan, dan tidak pula dapat menghilangkan sedikit kelaparan pun.

—
88:8
Juz 30 · Hizb 60 · Halaman 592

وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَّاعِمَةٌ﴿٨﴾

(Sebaliknya) muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri,

—
88:9
Juz 30 · Hizb 60 · Halaman 592

لِّسَعْيِهَا رَاضِيَةٌ﴿٩﴾

Berpuas hati dengan balasan amal usahanya (yang baik yang telah dikerjakannya di dunia), -

—
88:10
Juz 30 · Hizb 60 · Halaman 592

فِى جَنَّةٍ عَالِيَةٍ﴿١٠﴾

(Mereka tinggal menetap) di dalam Syurga tinggi (tempat kedudukannya darjatnya),

—
88:11
Juz 30 · Hizb 60 · Halaman 592

لَّا تَسْمَعُ فِيهَا لَـٰغِيَةً﴿١١﴾

Mereka tidak mendengar di situ sebarang perkataan yang sia-sia,

—
88:12
Juz 30 · Hizb 60 · Halaman 592

فِيهَا عَيْنٌ جَارِيَةٌ﴿١٢﴾

Di dalam Syurga itu ada matair yang mengalir,

—
88:13
Juz 30 · Hizb 60 · Halaman 592

فِيهَا سُرُرٌ مَّرْفُوعَةٌ﴿١٣﴾

Di situ juga ada pelamin-pelamin (berhias) yang tinggi (tempatnya),

—
88:14
Juz 30 · Hizb 60 · Halaman 592

وَأَكْوَابٌ مَّوْضُوعَةٌ﴿١٤﴾

Dan piala-piala minuman yang disediakan (untuk mereka),

—
88:15
Juz 30 · Hizb 60 · Halaman 592

وَنَمَارِقُ مَصْفُوفَةٌ﴿١٥﴾

Dan bantal-bantal yang teratur (untuk mereka berbaring atau bersandar),

—
88:16
Juz 30 · Hizb 60 · Halaman 592

وَزَرَابِىُّ مَبْثُوثَةٌ﴿١٦﴾

Serta hamparan-hamparan yang terbentang.

—
88:17
Juz 30 · Hizb 60 · Halaman 592

أَفَلَا يَنظُرُونَ إِلَى ٱلْإِبِلِ كَيْفَ خُلِقَتْ﴿١٧﴾

(Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?

—
88:18
Juz 30 · Hizb 60 · Halaman 592

وَإِلَى ٱلسَّمَآءِ كَيْفَ رُفِعَتْ﴿١٨﴾

Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya.?

—
88:19
Juz 30 · Hizb 60 · Halaman 592

وَإِلَى ٱلْجِبَالِ كَيْفَ نُصِبَتْ﴿١٩﴾

Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan?

—
88:20
Juz 30 · Hizb 60 · Halaman 592

وَإِلَى ٱلْأَرْضِ كَيْفَ سُطِحَتْ﴿٢٠﴾

Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?

—
88:21
Juz 30 · Hizb 60 · Halaman 592

فَذَكِّرْ إِنَّمَآ أَنتَ مُذَكِّرٌ﴿٢١﴾

Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad, kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan;

—
88:22
Juz 30 · Hizb 60 · Halaman 592

لَّسْتَ عَلَيْهِم بِمُصَيْطِرٍ﴿٢٢﴾

Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu).

—
88:23
Juz 30 · Hizb 60 · Halaman 593

إِلَّا مَن تَوَلَّىٰ وَكَفَرَ﴿٢٣﴾

Akan tetapi sesiapa yang berpaling (dari kebenaran) serta ia kufur ingkar, -

—
88:24
Juz 30 · Hizb 60 · Halaman 593

فَيُعَذِّبُهُ ٱللَّهُ ٱلْعَذَابَ ٱلْأَكْبَرَ﴿٢٤﴾

Maka Allah akan menyeksanya dengan azab seksa yang sebesar-besarnya.

—
88:25
Juz 30 · Hizb 60 · Halaman 593

إِنَّ إِلَيْنَآ إِيَابَهُمْ﴿٢٥﴾

Sesungguhnya kepada Kamilah kembalinya mereka,

—
88:26
Juz 30 · Hizb 60 · Halaman 593

ثُمَّ إِنَّ عَلَيْنَا حِسَابَهُم﴿٢٦﴾

Selain dari itu, sesungguhnya tanggungan Kamilah soal menghitung amal mereka.

—
Ayat SebelumnyaAl-A'laAyat SeterusnyaAl-Fajr