Memuatkan...
1:1Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
1:2Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
1:3Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
1:4Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
1:5Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
1:6Tunjukilah kami jalan yang lurus.
1:7Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.