55:70Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya;
55:71Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
55:72Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing;
55:73Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
55:74(Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin;
55:75Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
55:76Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.
55:77Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
55:78Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.
56:1Apabila berlaku hari kiamat itu,
56:2Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.
56:3Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat).
56:4(Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebebar-benar goncangan.
56:5Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya,
56:6Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran,
56:7Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);
56:8Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu?
56:9Dan puak pihak kiri; - alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?
56:10Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);
56:11Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),
56:12(Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.
56:13(Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu;
56:14Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian.
56:15(Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata;
56:16Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan.