83:34Maka pada hari ini, orang-orang yang beriman pula tertawakan orang yang kafir itu.
83:35Sambil mereka berehat di atas pelamin-pelamin (yang berhias), serta melihat (hal yang berlaku kepada musuhnya).
83:36(Untuk menambahkan kegembiraan mereka, mereka ditanya): "Bukankah orang-orang yang kafir itu telah dibalas akan apa yang mereka telah kerjakan dahulu?"
84:1Apabila langit terbelah,
84:2Serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh;
84:3Dan apabila bumi diratakan,
84:4Serta mengeluarkan apa yang di dalamnya, dan menjadi kosong,
84:5Serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh; - (Maka pada saat itu tiap-tiap seorang akan mengetahui apa yang telah dilakukannya).
84:6Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya).
84:7Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya, -
84:8Maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan,
84:9Dan ia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita.
84:10Dan sesiapa yang diberi menerima surat amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya,
84:11Maka ia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya,
84:12Dan ia akan menderita bakaran neraka yang marak menjulang.
84:13Sebenarnya ia semasa di dunia dahulu bersukaria dalam kalangan keluarganya (yang juga kufur ingkar)!
84:14Sesungguhnya ia menyangka bahawa ia tidak sekali-kali akan kembali (kepada Kami untuk menerima balasan) !
84:15(Sangkaannya itu tidak betul) bahkan ia tetap kembali! Sesungguhnya Tuhannya sentiasa Melihat dan Mengetahui keadaannya!
84:16Maka Aku bersumpah, demi mega;
84:17Dan malam serta segala yang dihimpunkannya;
84:18Dan bulan apabila (penuh cahayanya) menjadi purnama:
84:19Sesungguhnya kamu tetap melalui beberapa keadaan yang bertingkat-tingkat baik buruknya, (sebelum kamu menemui Tuhan - menerima kesenangan dan kebahagiaan atau sebaliknya)
84:20Maka apakah alasan bagi mereka bersikap tidak mahu beriman?
84:21Dan (apakah pula alasannya) apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka tidak mahu taat dan sujud?
84:22(Tidak ada satu alasan pun) bahkan orang-orang yang kafir, semata-mata mendustakannya;
84:23Sedang Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dalam hati.
84:24Maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang tidak terperi sakitnya;