98:6Sesungguhnya orang-orang yang kafir dari Ahli Kitab dan orang-orang musyrik itu akan ditempatkan di dalam neraka Jahannam, kekalah mereka di dalamnya. Mereka itulah sejahat-jahat makhluk.
98:7Seungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk.
98:8Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekalah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya.
99:1Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,
99:2Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,
99:3Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa yang sudah terjadi kepada bumi?"
99:4Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:
99:5Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).
99:6Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.
99:7Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
99:8Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
100:1Demi Kuda Perang yang tangkas berlari dengan kedengaran kencang nafasnya,
100:2Serta mencetuskan api dari telapak kakinya,
100:3Dan meluru menyerbu musuh pada waktu subuh,
100:4Sehingga menghamburkan debu pada waktu itu,
100:5Lalu menggempur ketika itu di tengah-tengah kumpulan musuh;