106:1Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Makkah)
106:2(laitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (ke negeri Yaman), dan pada musim panas (ke negeri Syam),
106:3Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah (Kaabah) ini,
106:4Tuhan yang memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan.
107:1Tahukah engkau akan orang yang mendustakan ugama (meliputi hari pembalasan)?
107:2Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim,
107:3Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin.
107:4(Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang -
107:5(laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;
107:6(Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya),
107:7Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya).
108:1Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).
108:2Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
108:3Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).