109:1Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!
109:2"Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
109:3"Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.
109:4"Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
109:5"Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
109:6"Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku".
110:1Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), -
110:2Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai, -
110:3Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.
111:1Binasalah kedua-dua tangan Abu lahab, dan binasalah ia bersama!
111:2Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya.
111:3Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang.
111:4Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. -
111:5Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal.